Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

PUTRAJAYA – Ibu ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria meninggal dunia di kediaman rasmi Arifin di Presint 16 di sini pagi ini.

Wan Zainab Wan Yusoff, 84, meninggal dunia akibat sakit tua dan kematiannya disedari oleh seorang pembantu rumah kira-kira pukul 9 pagi sebelum beliau memanggil seorang anak Arifin.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak lelaki berumur antara 60 hingga 70 tahun serta 20 orang cucu dan Arifin merupakan anak ketiga.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 selepas solat Asar.

Sementara itu, Arifin berkata beliau mendapat tahu mengenai berita kematian ibunya sewaktu berada di Kota Baharu, Kelantan atas urusan rasmi sebelum bergegas pulang ke Putrajaya.

“Sebelum pergi ke Kota Baharu semalam dia berada dalam keadaan sihat sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment