Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment
Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan Bajet 2014 Negeri Selangor yang akan dibentangkan Selasa depan adalah lebih menyeluruh dan lebih mantap berdasarkan pengalamannya mentadbir selama lima tahun.

Beliau turut menegaskan belanjawan itu nanti akan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan negeri ini.

“Saya katakan belanjawan tahun depan mengambil kira kesemuanya. Sudah tentu kepentingan Selangor dan isu-isu pembangunan negeri ini dilakukan secara berterusan dan diutamakan,” katanya.

Mengulas isu yang dibangkitkan Adun-Adun PR yang menganggotai BBC, beliau menjelaskan perjumpaan bersama kumpulan itu dilakukan secara berterusan dan ia tidak perlu dihebahkan.

Beliau beranggapan isu tersebut timbul disebabkan situasi pada sebelum 2008 tidak seperti pada zaman pentadbirannya yang mengamalkan keterbukaan maklumat.

Katanya, menghebahkan perjumpaan bukanlah perkara yang perlu diberi perhatian sebaliknya pelaksanaan tugas yang terbaik wajar menjadi keutamaan.

“Perjumpaan kita berterusan...kita dah jumpa dah (BBC)...perjumpaan-perjumpaan ini kita tidak laporkan kerana perjumpaan biasa seperti Exco, jadi kita tak laporkan.

“Maknanya ini cerita janggal sebelum 2008, maklumat disorok-sorokkan. Selepas 2008 iaitu selepas lima tahun kerajaan negeri percaya kebebasan maklumat maka kita sentiasa maklumkan dan kadangkala tak perlu tunggu masa tertentu kita terus
beritahu keputusan kita sudah dapat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Selangor, semalam.

Abdul Khalid berkata, dalam pertemuan diadakan itu BBC mengesyorkan cadangan supaya dana kerajaan negeri dapat sampai kepada kumpulan sasaran.

Menurutnya, perkara paling utama disentuh oleh kumpulan tersebut adalah mengenai prasarana antaranya mengenai jalan, parit, longkang dan lampu2.

“Saya sudah ambil kira perkara tersebut walaupun ada juga kerajaan Nnegeri tidak punyai kekuatan dana untuk mengatasinya tetapi peruntukan sesuai untuk infrastruktur Selangor sudah dilakukan,” katanya.

Beliau turut menepis dakwaan kononnya bakal memotong peruntukan sebanyak RM100 juta untuk pembangunan di negeri ini.

Dengan sinis beliau menjawab dakwaan tersebut sebagai berita baik kerana ia menunjukkan belanjawan negeri masih lagi rahsia.

0 comments:

Post a Comment