Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 21, 2013

No Comment

CHINA – Pendedahan mengenai industri bulu `angora’ di China amat mengejutkan bagi sesiapa yang menyaksikan imej yang menunjukkan bagaimana bulu tersebut dihasilkan.

Ternyata demi mendapatkan keuntungan, peniaga sanggup menyiksa binatang dengan cara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.


Rupanya peniaga di China menggunakan kaedah yang menakutkan dan keji untuk mendapatkan `angora’ tersebut iaitu arnab.

Binatang tersebut yang masih hidup akan diikat sebelum bulunya ditarik, menyebabkan arnab tersebut berdarah dan ia kemudiannya dibiarkan di dalam sangkar untuk proses pemulihan.

Arnab itu akan dipelihara selama dua hingga lima tahun dan apabila bulunya cukup lebat, barulah proses mendapatkan bulu berkenaan akan dilakukan.

Selepas arnab berkenaan tidak lagi memberikan keuntungan, maka ia akan dibunuh.

Imej tersebut dirakamkan oleh PETA di China, iaitu negara yang membekalkan kira-kira 90 peratus bulu angora di seluruh dunia.

“PETA ingin merayu kepada pembeli terutama menjelang cuti perayaan ini. Tolong baca label pada baju sejuk atau skaf anda, jika ia tertulis  `angora’ maka tolong jangan beli,’’ kata jurucakap PETA.

0 comments:

Post a Comment