Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 2, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kes demam denggi di Malaysia semakin meruncing apabila jumlah kes itu yang dicatatkan pada minggu lalu memecah rekod statistik demam denggi mingguan di negara ini sejak 10 tahun lalu

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, pada minggu lalu sebanyak 1,680 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara.

“Jumlah ini kes tertinggi yang pernah dilaporkan oleh Malaysia sejak 10 tahun lepas iaitu peningkatan 19 peratus berbanding dengan minggu sebelumnya dimana 1,408 kes dilaporkan.

“Negeri yang menunjukkan peningkatan kes denggi adalah Selangor yang meningkat sebanyak 272 kes Johor 20 kes, Perak 13 kes, Pahang 5 kes, Negeri Sembilan 3 kes dan masing-masing satu kes di Labuan dan Sarawak,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Lokman Hakim berkata, jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 26 Oktober lalu sebanyak 28,207 kes berbanding 17,847 kes bagi tempoh sama pada tahun 2012.

Menurut beliau, bermula dari bulan Jun tahun ini, peningkatan ketara adalah di Selangor yang memberi implikasi besar kepada peningkatan keseluruhan kes demam denggi di Malaysia.

Beliau turut memaklumkan jumlah kumulatif kematian kes denggi terkini sebanyak 60 kematian berbanding cuma 29 kematian bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Jelas beliau, kes kematian paling baharu melibatkan seorang suri rumah berumur 44 tahun berasal dari Pulau Pinang yang meninggal disebabkan komplikasi denggi iaitu kegagalan fungsi buah pinggang.

“Ini adalah kes kematian kedua dalam tempoh dua minggu di kawasan wabak iaitu di Taman Sri Nibong. Hasil pemeriksaan menemui pembiakan Aedes yang tinggi di situ.

“Antara tempat pembiakan aedes yang ditemui adalah pasu bunga, bekas plastik, kanvas, tin kosong, tong sampah, baldi, lantai simen, longkang dan topi keledar,” katanya.

0 comments:

Post a Comment