Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 12, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, DBKL tidak merobohkan kuil itu sepenuhnya hanya bangunan tambahan berkenaan yang dibina secara haram.

“Kita ikut SOP (Standard Operating Procedure). Kita tak usik berhala-berhala di dalam kuil itu. Malah kita mahu memperindahkan tempat sembahyang itu. Kita cuma tak mahu orang berniaga di situ,” katanya.

Malah dalam satu sidang media berasingan, Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel mengesahkan tindakan DBKL tidak boleh dianggap sebagai merobohkan kuil itu.

Beliau mengesahkan kerja-kerja meroboh hanya membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil.
“Hanya gerai dan bahagian tepi sahaja yang dirobohkan. Bangunan kuil itu sendiri tidak diusik,” katanya.

0 comments:

Post a Comment