Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini menegaskan bahawa kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sentiasa menepati piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Penolong Pengurus Besar Syabas Priscilla Alfred berkata Syabas dan Kementerian Kesihatan sentiasa memantau kualiti air agar tidak berlaku pelanggaran piawaian yang ditetapkan.

“Setiap bulan sejumlah 2,857 contoh air diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan dari stesen percontohan air Syabas di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memantau kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak Syabas menerusi Bahagian Kualiti Air, turut melakukan ujian percontohan air secara berterusan melalui makmal-makmal bebas yang bertauliah bagi memastikan hanya bekalan air berkualiti disalur kepada pengguna.

Selain itu, Priscilla berkata pihaknya sedang giat menjalankan kempen Kesedaran Pengguna Mengenai Kualiti Air bertujuan memberi penerangan tentang penjagaan kualiti air yang dibekalkan syarikat itu.

“Syabas juga menyediakan senarai kontraktor yang dilantik bagi memudahkan pengguna untuk berhubung serta mendapatkan nasihat berkaitan penyenggaraan tangki air di dalam rumah. Kos penyenggaraan tangki dan sistem paip dalaman ini sebenarnya lebih murah berbanding penggunaan penapis air berjenama yang mahal.

“Ini kerana ada antara pengguna yang tidak sedar bahawa penyenggaraan sistem perpaipan dalaman terutama tangki air merupakan tanggungjawab mereka menyebabkan mereka tidak tahu perlunya mencuci tangki di rumah mereka,” katanya.

Beliau berkata sempena program itu beberapa aktiviti lain turut diadakan seperti pengguna didedahkan dengan fakta-fakta yang disokong oleh kajian sains berhubung kualiti air dan merungkai persoalan dan salah faham orang ramai tentang kualiti air yang disalurkan ke premis mereka. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment