Mungkin mahu mengikut jejak langkah penyanyi senior Ning Baizura yang mencipta lagu untuk anaknya, Ryan Sky Dalton, Liyana Jasmay juga mahu berbuat demikian untuk anak yang bakal dilahirkannya pada pertengahan tahun hadapan.
Menurut penyanyi genit berusia 25 tahun itu, dia sememangnya gemar mencipta lagu khas didedikasikan buat orang kesayangannya.
Sebagai contoh, Liyana sebelum ini pernah mencipta lagu untuk suaminya, Fathuddin Mazlan yang berjudul Cinta Bersatu.
“Jika sebelum ini saya pernah mencipta lagu untuk suami, mengapa tidak saya mencipta untuk anak saya yang bakal lahir ini. Sebenarnya, saya baru sahaja terfikir untuk mencipta lagu buat anak saya nanti,” katanya yang dipetik menerusi portal Murai.
Liyana juga turut berkongsi dia mengalami alahan yang teruk semasa di awal kehamilan namun kini alahannya sudah beransur pulih memasuki bulan keempat kehamilan.
Untuk makluman, Liyana dan suaminya telah diijabkabulkan pada 2 Februari lalu di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment