Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

KUCHING – Jabatan Insolvensi (MdI) akan memperkenalkan  sistem pemberitahuan insolvensi secara dalam talian ‘Insolvency Notification System’ (INS) mulai 1 Jan depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata INS akan menggantikan kaedah penyampaian notis atau surat pertama yang dikeluarkan MdI secara pos kepada pihak bank setelah Perintah Kebankrapan atau Perintah Penggulungan Syarikat dibuat oleh mahkamah.

“MdI akan memuat naik senarai nama individu yang bankrap atau nama syarikat yang mendapat penggulungan di mahkamah dalam masa 24 jam ke portal MdI,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Dialog Insolvensi 2013 di sini hari ini.

Beliau berkata sistem itu bertujuan memudahkan lagi proses pemberian maklumat akaun bank mereka yang bankrap atau syarikat yang telah digulungkan.

“Sistem ini boleh mempercepatkan lagi penyerahan wang atau sekuriti milik individu atau syarikat yang berada dalam simpanan pihak bank kepada Ketua Pengarah Insolvensi,” katanya.

Nancy berkata bank yang menyertai INS ini akan diberi akses ke dalam sistem ini untuk menerima senarai nama individu bankrap atau syarikat yang telah digulungkan.

Katanya sebanyak 14 bank telah menyertai INS setakat ini dan beliau berharap sistem ini akan mendapat kerjasama menyeluruh daripada kesemua institusi kewangan di negara ini menjelang pelaksanaannya tahun depan.

“Proses serahan wang dalam akaun juga boleh dilakukan dalam tempoh masa lebih singkat berbanding proses yang dijalankan secara manual sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment