Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Malaysia menyasarkan peningkatan ketibaan pelancong perniagaan daripada lima peratus kepada lapan peratus daripada  keseluruhan jumlah ketibaan pelancong di negara ini ini menjelang 2020.

Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata tahun lepas, Malaysia dilawati 25 juta pelancong asing dan meraih pendapatan pelancongan berjumlah RM60 bilion.

“Bagaimanapun, pelancong perniagaan hanya menyumbang lima peratus daripada jumlah itu dan kami ingin menarik lebih ramai pelancong perniagaan, hingga lapan peratus menjelang 2020.

“Kami perlu memberi fokus ke arah itu kerana mereka (pelancong peniagaan) berbelanja lebih banyak daripada pelancong liburan, yang hasilnya lebih banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam ucapan perasmian Glasstech Asia 2013 di sini hari ini.

Turut hadir presiden Persatuan Kaca Malaysia (MGA) Ho Sai Woo, pengerusi Persatuan Kaca Singapura (SGA) Gan Chee Siong dan pengarah urusan kumpulan Conference and Exhibition Management Services Pte Ltd (CEMS) Edward Liu.

Sementara itu, Dr Ng mengiktiraf sumbangan penting Glasstech Asia terhadap industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (Mice) tempatan serta sektor pelancongan dan ekonomi negara.

“Selain industri makanan, perkhidmatan dan hospitaliti yang mendapat manfaat ketara daripada kemajuan sektor Mice, kontraktor auksiliari dan penyedia perkhidmatan lain seperti pengusaha pengangkutan, penghantar fret dan syarikat runcit juga memperoleh faedah besar daripadanya,” kata beliau.

Menurut beliau Mice dan pelancongan perniagaan memberi kesan baik terhadap imej negara di peringkat antarabangsa, di samping meningkatkan kegiatan pertukaran pengetahuan dan melonjakkan perniagaan antarabangsa.

Glasstech Asia 2013, yang dihoskan MGA dan dianjur bersama oleh SGA dan CEMS, berlangsung hingga 27 Nov di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

China, Itali, Malaysia, Jerman, Singapura, Taiwan dan United Kingdom adalah antara negara yang mempunyai gerai pameran pada acara ini.

Menampilkan 184 pempamer dari 20 negara, penganjur menjangka kira-kira 4,500 profesional perniagaan menghadirinya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment