Imej satelit menunjukkan keadaan bandar Tacloban sebelum dan selepas dibadai Haiyan, Jumaat lalu.
TACLOBAN - FILIPINA. Seramai lapan mangsa taufan Haiyan maut, kelmarin selepas dirempuh sekumpulan penduduk yang menyerbu gudang beras di bandar Alangalang.
Dipetik laporan AFP, jurucakap Pusat Makanan Kebangsaan, Rex Estoperez memaklumkan salah satu daripada tembok gudang itu turut roboh akibat dirempuh penduduk yang terdesak mahu mendapatkan makanan, bekalan air dan ubat-ubatan.
"Kebanyakan mangsa masih trauma dan mereka juga panik kerana bantuan lambat tiba di kawasan tersebut," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa terpaksa membatalkan pengebumian beramai-ramai selepas konvoi yang membawa kesemua mayat tersebut diserang secara tiba-tiba.
Datuk Bandar Tacloban, Alfred Romualdez berkata mereka terpaksa menangguhkan upacara tersebut bagi mengelakkan kejadian lebih lebih buruk.
0 comments:
Post a Comment