Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka hari ini membentangkan bajet lebihan bagi tempoh 10 tahun berturut-turut sejak 2005.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron ketika membentangkan Bajet 2014 bertemakan ‘Melaka Maju Fasa Kedua’ pada persidangan ketiga penggal pertama Dewan Undangan Negeri ke-13 di sini berkata hasil kerajaan negeri pada tahun hadapan dianggar berjumlah RM272.57 juta terdiri daripada hasil cukai sebanyak RM104.32 juta; hasil bukan cukai (RM103.48 juta) dan terimaan bukan hasil (RM64.77 juta).

Beliau berkata belanjawan 2014 akan menyediakan sejumlah RM272.35 juta bagi perbelanjaan mengurus yang merangkumi RM90.40 juta untuk emolumen; perkhidmatan dan bekalan (RM103.67 juta); pembelian aset (RM2.47 juta); pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM73.03 juta) dan lain-lain perbelanjaan (RM2.78 juta).

“Bajet lebihan berjumlah RM0.22 juta ini menunjukkan kerajaan negeri terus berusaha untuk memperkukuh kewangan negeri dengan memantapkan kutipan hasil sambil menguatkuasakan perbelanjaan yang berhemah,” katanya.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi negeri Melaka mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 7.2 peratus, iaitu yang tertinggi di Malaysia pada tahun lepas.

Idris berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, nilai pelaburan yang diluluskan Lembaga Pelaburan Industri Malaysia (Mida) di Melaka berjumlah RM3 bilion melibatkan RM2.7 bilion pelaburan asing dan 300 juta pelaburan domestik.

Dalam pada itu, beliau berkata belanjawan 2014 negeri itu dirangka untuk merancakkan kemajuan Melaka dan mensejahterakan rakyat berlandaskan empat strategi utama iaitu merealisasikan Melaka Maju Fasa Kedua dan negeri bandar teknologi hijau; memperkasa Melaka sebagai destinasi pelancongan serta pelaburan domestik dan antarabangsa; menjamin kesejahteraan rakyat serta memupuk budaya integriti melalui urus tadbir.

Katanya Melaka Maju Fasa Kedua tetap akan mengekalkan transformasi fizikal negeri Melaka dan akan memperkasa tanpa had pembangunan sumber manusia dengan menjadikan semua golongan dan peringkat masyarakat sebagai sebuah angkatan rakyat jelata kelas pertama yang bukan sahaja memiliki pengetahuan, kemahiran dan prestasi tertinggi dalam kerjaya masing-masing.

Bagi sektor pelancongan katanya, Melaka bersedia menerima jangkaan 14 juta pelancong pada Tahun Melawat Malaysia 2014 serta menganjurkan beberapa acara bertaraf dunia termasuk Festival Sungai Antarabangsa dan Melaka International Tourism Show.

Idris juga berkata kerajaan Melaka melalui Lembaga Perumahan Melaka akan mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perumahan Negara untuk tujuh projek Program Perumahan Rakyat (PPR) dalam menyediakan 3,200 unit rumah kos rendah bagi kesejahteraan rakyat.

Pada sidang akhbar selepas itu, Idris berkata pihaknya akan meneruskan program-program yang mampu mengangkat ekonomi Melaka supaya dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment