Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 1, 2013

No Comment

YAN – Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir semalam bermalam bersama penduduk untuk mengenali lebih dekat isu dan masalah rakyat setempat di Permatang Buluh dalam kawasan Dewan Undangan Negeri( DUN) Sungai Limau, dekat sini.

Mukhriz, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, menganggap berkampung bersama masyarakat adalah amalan biasa untuk mengenali masyarakat setempat dengan lebih dekat.

“Dengan cara ini kita boleh mendengar jika ada sebarang masalah penduduk setempat, dan membuktikan kepada mereka kesungguhan (kerajaan) untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Saya ingat ini satu pendekatan berkesan untuk tujuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum bermalam di rumah keluarga angkatnya Bahari Awang di Permatang Buluh, di sini.

Sementara itu Bahari Awang, 50 dan isterinya Fatimah Din, 55, amat teruja menerima Menteri Besar Kedah itu sebagai tetamu bermalam di rumah mereka.

“Kami mula-mula terkejut sebab orang BN minta izin nak bagi menteri besar tidur di rumah. Kami seganlah dengan rumah kami ini, dahlah rumah kampung, tak sesuai untuk orang macam beliau,” kata Bahari.

Bahari, yang mempunyai tujuh orang anak, menetap di Sungai Udang berdekatan pekan Yan, sebelum berpindah ke Kampung Seberang Tandop, Kuala Sala, Permatang Buluh sejak 26 tahun lepas.

Bahari yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya turun ke laut sekali-sekala berkata beliau membina sendiri rumah itu dan bersyukur dibantu kerajaan membaik pulih rumahnya sebelum pilihan raya umum ke-13 pada Mei lepas melalui peruntukan Projek Nadi Kasih.

“Kami rasa lega, sebab tulis surat minta bantuan daripada Datuk Seri Jamil Khir (Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anggota Parlimen Jerai) dan tak sampai berapa lama, dah dapat balik jawapan,” katanya.
Rumah Bahari terletak di dalam kawasan kubu kuat PAS, selain kawasan Selengkoh, Bukit Besar dan Bukit Choras. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment