Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

KUANTAN – Seorang pesara dan seorang pengurus Felda hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini tuduhan mengemukakan butiran palsu berhubung kerja-kerja pembersihan kawasan di Felda Jengka 19 dekat sini.

Mod Ehsa Mohd Samsi, 55, dan Mohamad Iqbal Sabtu, 31, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan kepada mereka di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad.

Kedua-dua mereka didakwa bersubahat menggunakan dua dokumen mengandungi butiran palsu yang menyokong dan meluluskan kerja pembersihan kawasan di peringkat 2, 3 dan 4 Felda Jengka 19 tetapi kerja berkenaan tidak dilaksanakan.

Dua dokumen itu ialah Surat Perintah Kerja (SPK) bertarikh 22 Mac 2011 dan 31 Mac 2012 yang bernilai RM3,500.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Felda Technoplant Sdn Bhd (FTSB) di Jengka 19 mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mod Ehsa yang kini sudah bersara sewaktu melakukan kesalahan itu berjawatan Ketua Unit Perkebunan FTSB manakala Mohamad Iqbal yang kini merupakan Pengurus di Felda Sungai Koyan, Raub adalah timbalan kepada Mod Ehsa.

Hakim Nik Nasimah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Dis ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shafinaz Shabudin. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment