Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

PASIR PUTEH – Pelajar yang dilaporkan hilang setelah perahu yang dinaiki bersama tiga rakannya terbalik ketika mencari siput di sungai di Kampung Sungai Petai tengah hari tadi, ditemui mati lemas petang ini.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Kaharuddin Yahya berkata mayat Mohammad Zulkifli Razak, 16, dijumpai unit skuba Bomba dan Penyelamat Kota Baharu pada 4.40 petang selepas lima minit gerakan mencarinya dilancar.

“Mayat mangsa yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Menengah Rendah itu dihantar ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Tiga rakan mangsa yang terselamat ialah Mohamad Faizuddin Mohd Sabri, 22, Mohd Hakim Rosli, 16, dan Mohd Shukri Zul, 14.

Kaharuddin berkata mayat mangsa dijumpai berhampiran lokasi perahu yang dilaporkan terbalik.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal berkata Zulkifli gagal diselamatkan rakannya kerana mereka juga hampir lemas tetapi terselamat apabila sempat berpaut pada dahan pokok.

Mohamad Faizudin berkata ketika kejadian, beliau mengayuh di bahagian depan sampan sebelum ia dimasuki air dan karam.

“Ketika itu, saya sempat melihat mangsa (Zulkifli) melambai-lambai tangan meminta tolong sebelum tenggelam.

“Saya cuma sempat mencapai tangan Mohd Shukri manakala Hakim sempat menyelamatkan Faizudin dan membawa mereka ke tebing sungai,” katanya.

Ibu angkat mangsa, Ramidah Mohd Nor, 52, berkata beliau sempat bersarapan bersama Zulkifli namun arwah tidak memaklumkan akan ke sungai berkenaan yang tidak jauh dari rumahnya.

“Saya hanya sedar kejadian itu apabila diberitahu jiran-jiran,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment