Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 1, 2013

No Comment

IPOH – Bekas pensyarah subjek Matematik dan Statistik di Institusi Teknologi Perak (ITP) dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam atas kesalahan bersetuju menerima suapan daripada dua pelajarnya antara September 2011 sehingga Februari 2012.

Tertuduh, Wong Chee Wai, 41, mengaku tidak bersalah di atas lima pertuduhan membabitkan jumlah wang sebanyak RM1,130 yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Madihah Harullah.
Bagi pertuduhan pelajar pertama, Chee Wai sebagai pensyarah subjek Matematik IV bersetuju menerima rasuah sebanyak RM140 daripada Nor Azmira Nor Mohamad untuk menaikkan markah penilaian berterusan bagi semester 1 2011/2012.

Perbuatan tersebut dilakukan di perpustakaan IPT berkenaan pada 14 September 2011 pada jam 4.15 petang, manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh sekali lagi bersetuju menerima wang tersebut daripada pelajar terbabit bagi tujuan dan subjek sama pada jam 3 petang di premis sama.

Chee Wai juga berdepan tiga pertuduhan sama iaitu menerima wang berjumlah RM250 dan masing-masing RM300 daripada Muhamad Faezrul Udaman bagi menaikkan markah penilaian berterusan subjek Statistik dan Matematik III.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 4 petang 10 Oktober 2011; jam 10.30 pagi 3 Februari 2012 dan jam 2 petang 8 Februari tahun lalu di lokasi berasingan dalam premis berkenaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment