Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 21, 2013

No Comment

PENYANYI kelahiran England, Cher Lloyd, 20, yang juga bekas peserta rancangan realiti The X Factor musim ke-7 mengejutkan peminat apabila mengahwini teman lelaki merangkap penata rambutnya, Craig Monk.

Khabar gembira itu hanya diketahui ramai selepas dia memuatnaik gambar perkahwinannya melalui akaun Instagramnya.

Penyanyi itu dilihat begitu anggun dengan persalinan gaun renda putih dan rantai leher.

Jurucakap yang dihubungi oleh Mail Online kemudiannya mengesahkan perkara itu, namun segala maklumat berkenaan majlis itu adalah rahsia.

Apapun, kami kagum dengan keputusan Cher yang mahu bergelar isteri dalam usia yang cukup muda berbanding selebriti Hollywood yang lain.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment