Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara sebagai langkah awal pihak kerajaan bagi membentuk falsafah baharu sukan bola sepak negara.

Beliau berkata perbincangan hari ini adalah bagi melakar draf pembangunan bola sepak negara yang merangkumi banyak perkara yang tidak hanya tertumpu kepada pemain dan jurulatih sebaliknya merangkumi falsafah baharu bola sepak negara.

Katanya pengarah program Lim Teong Kim telah mengadakan lawatan ke pusat kecemerlangan bola sepak di seluruh negara dan diharap beliau telah berjaya mengumpul maklumat yang cukup bagi memulakan usaha itu.

“Perbincangan pada hari ini lebih kepada draf pelan awal membabitkan perancangan (jangka) panjang iaitu bermula pada tahun depan hingga 2020 nanti dan banyak idea dan cadangan bernas yang kita dapat kumpul hari ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil hari ini.

Beliau berkata draf berkenaan akan dibawa ke peringkat jemaah menteri agar usaha tersebut dapat diteruskan kesinambungannya pada masa akan datang tanpa mengira siapa Menteri Belia Dan Sukan pada ketika itu.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan pelan Pembangunan Bola Sepak Negara itu pada Januari di Akademik Bola Sepak Negara di Gambang, Pahang.

Selain itu Khairy berkata perbincangan hari ini tetap berjalan lancar tanpa kehadiran wakil dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Saya faham bahawa FAM perlu minta pandangan dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) terlebih dahulu sebelum bersama kita dan saya tidak menyalahkan mereka dalam perkara ini,” katanya.

Difahamkan FAM tidak menghantar wakil kerana tidak menyokong pelantikan timbalan presiden badan induk itu, Tan Sri Annuar Musa, dalam jawatankuasa tersebut.

Sebelum ini FAM menjelaskan pihaknya akan merujuk kepada FIFA dan AFC mengenai status pelantikan Annuar dalam Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara.

Pelantikan Annuar dalam jawatankuasa itu dipersoal FAM berikutan beliau masih dalam tempoh penggantungan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak oleh badan induk itu.

Annuar digantung selama dua tahun setengah bermula April tahun lepas kerana melanggar Artikel 88 Statut 2010-2014 FAM apabila mengeluarkan kenyataan berunsur negatif terhadap skuad Harimau Malaya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment