Nama pelakon Fauzi Nawawi sekali lagi terpalit dengan kontroversi dan skandal apabila dia dikatakan bermain cinta dengan peserta Akademi Fantasia musim kelima, Noni.
Namun, Fauzi sendiri sudah pun menjelaskan kepada media bahawa dia dan Noni tidak menjalinkan sebarang hubungan malah isteri Fauzi, Lisdawati turut memberikan komen berhubung perkara tersebut.
Kata Lisda, mungkin disebabkan sikap ramah yang dimiliki suaminya menyebabkan gosip-gosip seperti itu bertebaran.
Seorang pelakon baru, Reen Rahim juga mengatakan dia sangat rapat dengan Fauzi dan Lisda kerana mereka sering memberi tunjuk ajar buatnya dalam bidang lakonan.
Namun, mungkin disebabkan dia nampak lincah dan agresif, namanya tidak dikaitkan dengan aktor popular.
“Saya sudah lama kenal (Fauzi). Begitu juga isterinya, Lisdawati selepas berlakon drama arahannya. Saya juga salah seorang pengguna produk Aqua Therapy keluaran syarikatnya,” katanya memetik laporan sebuah akhbar.
Reen juga tidak menolak kemungkinan nama Noni dikaitkan dengan Fauzi kerana sifat semulajadi pelakon wanita itu yang lemah lembut dan mesra.
Oleh: AUDREY LEE

0 comments:
Post a Comment