Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

BUKAN sahaja individu yang memiliki senjata tiruan mirip pistol atau raifal, tetapi individu yang memiliki senjata untuk kegunaan sukan seperti paintball juga perlu menyerahkan senjata mereka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa sebulan jika tiada lesen sah.

Langkah itu bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka.

Pengarah Jabatan Logistik PDRM Datuk Zulkifli Abdullah berkata lesen senjata itu hanya boleh dipohon oleh syarikat berdaftar dengan modal berbayar RM400,000 atau kelab sukan yang diiktiraf Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Beliau berkata, lesen tidak boleh dimohon oleh orang perseorangan.

“Pemilikan paintball marker untuk sukan paintball, airsoft gun dan BB gun tanpa lesen sah adalah salah mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan dan boleh membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan,” kata beliau dilaporkan portal Malaysiakini.

Menurut Zulkifli, sejak 2012 pihak polis menyiasat 47 kes melibatkan penggunaan senjata tiruan dan dua individu telah dipenjara kerana sabit kesalahan.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

0 comments:

Post a Comment