Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment
RANTAU PANJANG – Empat cedera ringan manakala seorang lagi parah apabila kereta yang dinaiki bertembung dekat Pusat Tarbiyah Pas, Rantau Panjang, jam 2.15 petang, kelmarin.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, pemandu kereta Perodua Viva berwarna hijau, Wan Norhayati Wan Yusof, 56, patah kaki dan anak perempuannya yang berusia 17 tahun, cedera ringan.

Manakala, pemandu kereta Perodua Viva berwarna hitam, Ahmad Zahrieleh Ismail, 22, bersama dua lagi rakannya, Tengku Mohd Hafizi, 24 dan Nor Fatihah Wan Yusof,20, mengalami cedera ringan.

Kesemua mangsa yang terlibat katanya, dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, Norhayati yang juga peniaga dekat Lati, baru sahaja selesai membeli belah dekat Rantau Panjang, menuju ke Pasir Mas.

Namun, setibanya di tempat kejadian berlaku pertembungan di antara kedua-dua kenderaan secara bertentangan.

“Kita masih menyiasat punca kemalangan dan meminta saksi yang melihat kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Pasir Mas untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.19 petang dan bergegas ke tempat kejadian menggunakan satu jentera dan enam anggota.

Setibanya di tempat kejadian katanya, penumpang dari kedua-dua kereta berjaya dikeluarkan.

“Kita mengambil masa hampir lima minit untuk mengeluarkan pemandu yang tersepit.

“Bagi mengelak berlakunya kebocoran minyak, pihak bomba turut memastikan tidak berlaku sebarang kebocoran minyak, yang boleh menyebabkan kebakaran kenderaan,” katanya.

Kemalangan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas, hampir satu kilometer di kedua-dua arah.

0 comments:

Post a Comment