Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

Gara-gara teguran penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang menegur Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi laman Twitternya semalam, Siti telah menerima pelbagai kecaman daripada banyak pihak.

Malah ada pihak secara jelas menyindir Siti supaya jangan masuk campur dalam hal lain selain daripada bidang nyanyian yang menjadi kepakarannya.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Siti menjelaskan dalam Harian Metro hari ini, “Siti cuma tidak berapa suka dengan pendekatan Khairy kerana beliau menteri muda dan sentiasa dipandang tinggi. Perkataan ‘budak suruhan’ daripada seseorang yang muda sepertinya kepada yang agak tua seperti Datuk Jamal memang kurang manis.

“Ada lagi bahasa yang elok patut digunakan. Siti sekadar menegur, tidak mahu ia menjadi ikutan pula selepas ini. Siti tegur dengan ikhlas, kalau tidak mahu terima, terpulang. Siti hanya rakyat biasa,” katanya.

Mungkin ada benar kata Siti tu, namun ada juga peminat yang menyifatkan tindakan KJ adalah betul dan bagus kerana ketegasan sebegitu diperlukan untuk terus memajukan lagi bidang sukan bola sepak negara di bawah pentadbiran FAM.

Kalau tidak ditegur sampai bila bola sepak negara kita akan maju seperti negara-negara Asia yang lain?

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment