Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menggubal pelbagai strategi untuk memenuhi ikrarnya memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus bumi Malaysia terus mempunyai hutan dan pokok.

Menteri berkenaan Datuk Seri G. Palanivel berkata ikrar yang dibuat pada Sidang Kemuncak Bumi Rio 1992 di Rio de Janeiro, Brazil itu akan menghasilkan alam sekitar lestari, ekonomi hijau dan gaya hidup seimbang pada masa akan datang.

Katanya pelbagai peluang serta insentif berkaitan hutan, khususnya di Asia dan Malaysia, akan dilaksanakan melalui amalan pengurusan hutan lestari dan penanaman semula hutan yang mengalami degradasi serta ditebang melalui kegiatan pembalakan.

“Satu daripada strategi ini ialah mengurangkan pengeluaran daripada penebangan hutan dan degradasi hutan, yang menyediakan insentif kerana bergerak ke arah ekonomi hijau dan rendah karbon.

“Ini termasuk meningkatkan permintaan terhadap rekreasi dan ekopelancongan, yang boleh menjana pendapatan dan insentif bagi pemuliharaan hutan dan pengurusan landskap,” katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Perhutanan dan Produk Hutan 2013 di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

0 comments:

Post a Comment