Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengumumkan beliau akan bertanding bagi jawatan presiden dalam pemilihan parti bulan depan.

Dengan slogan kempen “Unite! Restore the Lost Dignity” (Bersatu, pulihkan Maruah yang Hilang) Ong yakin beliau masih dapat memberi sumbangan dan bantuan bagi membina semula parti itu.

Beliau berkata beliau mendapat “respons optimistik” dari anggota akar umbi berhubung keputusannya itu.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau berkata: “Saya umum kesediaan saya dan tawarkan diri untuk tanding jawatan presiden MCA pada pemilihan parti 21 Disember ini.

“Selepas (MCA) mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, saya rasa terpanggil untuk memikul tanggungjawab bersama ke arah usaha untuk bangkitkan parti dan tebus maruah parti di mata rakyat.”  – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment