Selepas menghadiri festival seni dan muzik Urbanscapes yang berlangsung selama dua hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, hujung minggu lalu, ramai pengunjung diberitakan mengalami gatal-gatal.
Sesetengah mereka mengalami kegatalan dan naik bintik-bintik merah pada hari konsert berlangsung lagi membuatkan khemah perubatan yang disediakan diserbu oleh mereka.
Bagaimanapun terdapat ramai lagi yang merungut, mereka mula mengalami simpton tersebut selepas pulang ke rumah usai konsert.
Berdasarkan komen di Facebook Urbanspaces, rata-rata menyalahkan ulat bulu dan semburan bahan kimia sebagai punca.
Sementara itu, pihak MAEPS menyatakan mereka sudah melakukan tindakan yang perlu termasuk melalukan semburan hapus serangga sebelum konsert berlangsung.
Namun disebabkan cuaca hujan sehari dua sebelum konsert, semburan itu kemungkinan tidak dapat menghalang pembiakan nyamuk dan ulat bulu.
Adrian Yap yang mewakili Urbanscapes pula berkata, mereka menyedari masalah nyamuk dan telah meminta MAEPS membuat semburan namun tidak menyedari perihal ulat bulu yang mungkin akan menimbulkan masalah kepada pengunjung konsert mereka.
Disebabkan masalah gatal-gatal ini, kebanyakan pengunjung Urbanscapes menyuarakan harapan agar konsert berkenaan diadakan di lokasi yang lebih sesuai pada masa akan datang atau mereka akan memboikotnya. - REM RAMZI
Sumber: The Star, Facebook Urbanscapes

0 comments:
Post a Comment