Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

Ikea, tidak dinafikan gedung beli belah peralatan rumah paling popular di banyak negara termasuk Malaysia.

Bagi pengunjung tegar Ikea, antara yang menarik perhatian di sana adalah bebola dagingnya yang lazat.

Selain itu, sesiapa pun yang ke sana pasti rambang mata dan boleh tersesat jadinya jika terpisah daripada pasangan. Maklumlah ia dibahagikan kepada banyak seksyen.

Apabila semua elemen ini digabungkan, maka terwujudlah sebuah video spoof lucu bikinan pelawak, Daniel Hubbard dan Alez Viola.

Ia mengisahkan pasangan yang terpisah ketika membeli belah di Ikea. Tambah memburukkan keadaan, bateri telefon bimbit si wanita semakin habis membuatkan dia panik.

Video berdurasi 2:16 minit ini ditiru daripada trailer filem yang sedang mendapat sambutan hangat di pawagam sekarang iaitu Gravity.

Apa pun, saksikan video di bawah dan jika anda antara pengunjung tegar Ikea, bersedia untuk tertawa terbahak-bahak menyaksikan kebenarannya. - REM RAMZI


0 comments:

Post a Comment