SEORANG wanita berusia 29 tahun terbunuh selepas kenderaan pacuan empat rodanya dipandunya terlibat dalam kemalangan di KM34 jalan Miri-Bintulu kira-kira pukul 9 pagi semalam.
Mangsa, Chong Phui Ching, merupakan seorang kakitangan sebuah syarikat minyak kelapa sawit di Miri, Sarawak.
Menurut laporan The Borneo Post, wanita itu bersama empat rakan lain sedang menuju ke sebuah estes di Suai, Niah berdekatan Miri.
Mangsa dikatakan duduk di tengah-tengah di kerusi belakang di dalam kenderaan model Toyota Hilux itu.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kenderaan itu hilang kawalan dan menyebabkan ia terbabas kemudian bergolek beberapa kali sebelum masuk ke dalam sebuah paya.
Panggilan kecemasan diterima Hospital Miri pada kira-kira pukul 9.30 pagi.
Mangsa yang mengalami kecederaan dalaman, meninggal dunia ketika tiba di hospital.
Bagaimanapun, kesemua tiga penumpang lain hanya mengalami luka ringan dan pemandu tidak mengalami kecederaan langsung.
0 comments:
Post a Comment