Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

SELEPAS kemelut dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak lama sebelum ini, kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy bertelingkah dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula.

Semalam, Waythamoorthy membidas kenyataan Tengku Adnan yang dilihat seperti cuba masuk campur dalam hal ehwal agama Hindu dan memberikan kenyataan bercanggah.

“Menteri Wilayah Persekutuan perlu meminta maaf kepada masyarakat Hindu kerana merobohkan kuil berusia 101 itu, seminggu selepas Deepavali dan kerana campur tangan dalam hal ehwal Hindu,” kata Waythamoorthy dalam satu kenyataan media.

Hari ini, Tengku Adnan enggan mengulas gesaan Waythamoorthy itu bagi mengelakkan pertelingkahan berlanjutan antara beliau dan timbalan menteri itu, memetik laporan The Malaysian Insider.

“Itu saya tak mahu komen lah, tak perlu saya komen. Saya tak mahu gaduh dengan beliau.

“Sebab dia kata tak selari dengan komen, itu saya tidak mahu komen,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Tengku Adnan juga mengundang kemarahan pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat (PR) apabila mengeluarkan kenyataan ia sepatutnya tidak dijadikan isu kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai perintah mahkamah untuk berbuat demikian dan tidak menyalahi undang-undang.

“Saya pun orang beragama, saya juga hendak jaga tempat ibadat, namun kita mendapati berlaku penyalahgunaan.

“Kuil itu juga sebenarnya tidak mengikut pembinaan kuil yang sebenar, banyak perbezaan kuil dengan tempat penyembahan. Kalau saya kata lebih, nanti orang marah pula, tetapi inilah yang mereka tidak tahu,” kata Tengku Adnan.

Malah, semalam pemimpin PKR, N Surendran juga dihalau keluar daripada Dewan Rakyat kerana cuba membangkitkan isu sama.

Ahad lalu, DBKL dilapor merobohkan keseluruhan kawasan kuil tersebut setelah gagal melakukannya pada September lalu berikutan bantahan aktivis dan ahli politik termasuk MIC.

Perobohan tersebut bercanggah dengan kenyataan menteri berkenaan yang berkata DBKL hanya ingin membina tembok yang mengambil kawasan kuil bagi memberi laluan kerja pembinaan bangunan pejabat komersial oleh pemaju Hap Seng.

Malah, Tengku Adnan berkata, pihaknya akan mengindahkan dan membina pagar untuk melindungi kuil yang terletak di kawasan segi tiga emas itu bagi memudahkan penganutnya melakukan upacara keagamaan.

0 comments:

Post a Comment