Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

PETALING JAYA – Penyanyi Yazer mengakui terpaksa mengambil langkah untuk berjimat-cermat semata-mata untuk wang sebelum melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya, Ekin (AF3).

Yazer berkata, kos hidup yang tinggi di Kuala Lumpur telah memaksanya untuk tidak terlalu boros tambahan pula undangan nyanyian untuknya tidak serancak seperti sebelum ini.

“Saya berbelanja mengikut keperluan kerana sedar persembahan pentas bukannya selalu ada dan saya berjimat kerana ingin mengumpul wang untuk berkahwin.

“Keadaan ekonomi saya yang tidak stabil turut menjadi punca mengapa saya dan Ekin masih belum mengambil keputusan untuk berkahwin,” jelasnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Yazer percintaannya dengan Ekin yang telah melangkau lima tahun itu semakin utuh kerana mereka mengharungi susah senang bersama-sama.


Ekin dan Yazer telah bercinta selama lima tahun.

“Boleh sahaja kalau saya nak berkahwin walaupun keadaan ekonomi diri yang tidak menentu tetapi perbuatan itu adalah tidak manis.

“Saya ingin mengumpul wang terlebih dahulu kerana sedar tanggungjawab untuk bergelar suami bukan mudah dan perkahwinan bukan perkara kecil yang boleh dibuat main-main,” katanya.

Tambah Yazer, Ekin sangat memahami situasinya dan turut bersetuju untuk menangguhkan perancangan berkahwin buat masa ini.

Dalam perkembangan lain, Yazer berkata, dia sedang dalam proses menyiapkan lagu terbaharunya bersama syarikat milik Datuk M.Nasir iaitu Luncai Emas.

Jelas Yazer, lagu tersebut bakal berkonsepkan kemanusiaan dan berharap ia dapat diterima baik oleh pendengar. - mStar Online

0 comments:

Post a Comment