Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah Zamil Ibrahim hari ini ingin bertanya kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution tentang apakah alasan parti itu memberi gelaran Ketua Umum kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, mengapa jawatan untuk Anwar tidak digelar sebagai Penasihat Khas atau Mursyidul Am seperti yang dilakukan oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PAS.

Zamil berkata beliau mahu tahu apakah penggunaan gelaran Ketua Umum itu adalah strategi Anwar untuk menipu dan diterima oleh orang di Indonesia kerana panggilan Ketua Umum merujuk kepada ketua yang dipilih secara demokrasi dalam sesebuah parti.

“Kita mahu tahu apakah muslihat sebenar Anwar mahu pakai nama Ketua Umum. Apakah Anwar mahu tipu orang Indonesia sebab di sana jawatan adalan pemimpin nombor satu atau presiden sebuah parti politik yang dipilih melalui proses demokrasi.

“Jadi, apabila Anwar pergi ke Jakarta dengan menggunakan jawatan Ketua Umum maka semua rakyat, ketua kampung dan pemimpin di Indonesia ingat Anwar sebenarnya seorang ketua parti yang sah,” kata Zamil dalam kenyataan itu.

Menurut beliau, orang di Indonesia pasti tidak tahu dan tidak akan menduga yang jawatan Anwar dalam PKR sebenarnya hanyalah satu jawatan lantikan dan bukan dipilih ahli parti.

Zamil berkata jawatan Ketua Umum tidak ada pertandingan sebab ianya satu jawatan dibuat melalui lantikan seperti Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan.

“Kalau tidak percaya saya minta wartawan bertanyakan perkara itu dengan Duta Besar Malaysia di Indonesia. Saya kira beliau pun tahu perkara sebenar tentang jawatan Ketua Umum yang digunapakai di Indonesia,” katanya.

0 comments:

Post a Comment