BAMAKO – Kumpulan lelaki bersenjata etnik Peul dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 30 etnik Tuareg dalam satu serangan balas di utara Mali, demikian menurut pegawai kerajaan hari ini.
Serangan berlaku semalam di Tamkoutat, 80 kilometer di utara Bandar Gao, demikian menurut seorang ahli parlimen.
Beliau berkata, serangan itu dilakukan bagi membalas kejadian penculikan membabitkan seorang etnik Peul.
Kerajaan Mali menyifatkan ia sebagai satu serangan pengganas.
“Berpuluh individu bersenjata menambak mati kira-kira 30 orang dalam dua kenderaan dengan salah satu kenderaan kemudian dibakar manakala satu lagi kenderaan dilarikan penjenayah,” katanya Kementerian Keselamatan Mali dalam satu kenyataan. – AFP
0 comments:
Post a Comment