Jakarta – Mana-mana pasangan Indonesia yang merancang bernikah tahun ini wajar memikirkan semula peruntukan kewangan masing-masing.
Semalam media melaporkan, kerajaan dijangka meminda kadar bayaran pendaftaran pernikahan bagi mengelakkan amalan rasuah serta salah urus.
Timbalan Penyelaras Pendidikan dan Agama di Kementerian Kesejahteraan Rakyat, Agus Sartono berkata, pindaan itu dibuat kerana kadar bayaran semasa masih di tahap Rp30,000 (RM8.20).
“Sedangkan kebanyakan urusan pernikahan dan pendaftaran dibuat selepas waktu pejabat atau di tempat yang jauh.
“Kadang-kadang petugas terpaksa menggadai nyawa menaiki bot meredah ombak untuk sampai ke tempat pengantin,” katanya.
Justeru, kata Agus, keadaan itu mungkin mendorong amalan rasuah bagi memudahkan urusan pendaftaran. – Agensi
0 comments:
Post a Comment