Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

Selepas disebut-sebut bakal menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, kini Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding kerusi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggantikan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut beliau, langkah itu sebagai memastikan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi parti betul-betul terjamin daripada sebarang serangan untuk rampasan kuasa dari dalam parti sendiri.

Beliau turut mencadangkan agar isterinya Dr Wan Azizah tidak bertanding dan meletakkan jawatan pada pemilihan PKR Mei depan.

“Ya.. saya dengan serius sedang melihat laluan untuk bertandning kerusi Presiden PKR,”

“Wan Azizah telah pun memikirkan dalam beberapa tahun ini untuk meletakkan jawatan kerana beliau mahu menghabiskan lebih banyak masa dengan cucu-cucunya,” katanya menurut laporan The Malay Mail.

Isterinya, ialah Presiden PKR secara pemilihan namun PKR sebenarnya yang dipimpin oleh Anwar secara tidak rasmi kerana jawatan Ketua Umum PKR yang disandang diwujudkan khas untuk Anwar.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, keputusan mengenai langkah itu hanya akan ditentukan selepas keputusan PRK Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac depan.

Jadi akhirnya, Anwar bakal bertanding juga secara sah kerusi parti PKR itupun dengan mengharapkan isterinya mengundurkan diri dan meletakkan jawatan.

Penulis rasa, pasti akan ada pertandingan bagi merebut jawatan itu dan lebih menarik jika Timbalan Presiden PKR ketika ini Azmin Ali bertanding dan mencabar Anwar dalam pemilihan parti itu kelak.

Di dalam PKR, kemungkinan bukan sahaja Azmin yang mahukan kuasa tetapi pasti akan ada beberapa lagi individu berpengaruh yang kini terpaksa menelan air liur menerima kepimpinan Anwar walaupun pada hakikat sebenarnya tidak mahu berbuat demikian.

Golongan inilah yang akan menjadikan pemilihan PKR Mei nanti penuh drama dan penuh warna-warni. – IBNU K

0 comments:

Post a Comment