Sekitar jam 4.50 pagi tadi, Balai Polis Bukit Tengah, Seberang Perai, Pulau Pinang dilaporkan telah dibaling dengan bahan letupan.
Insiden tersebut menyebabkan bahagian siling, cermin kaunter pertanyaan dan cermin pejabat pecah.
Berdasarkan keterangan anggota polis yang menyedari kejadian ini, selepas letupan kedengaran bunyi enjin sebuah motosikal memecut laju meninggalkan kawasan balai menuju ke Jalan Bahru Perai.
Siasatan sedang dilakukan, termasuk mengenalpasti bukti bagi mengetahui dalang di sebalik kejadian ini. - REM RAMZI
Sumber: panggungopera.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment