TERNYATA berada di karpet merah di Anugerah Grammy tidak memberi keseronokan buat artis remaja terkenal, Ariana Grande.
Dia dilaporkan hampir menangis kerana tidak mampu menahan tekanan oleh paparazzi yang menjerit memanggil namanya kerana mahu merakamkan gambar penyanyi itu.
“Saya melihat dengan mata sendiri apa yang terjadi. Ariana sangat gembira dan yakin pada mulanya. Tetapi, apabila mereka mula menjerit memanggilnya sekuat hati, dia tak mampu untuk mendengarnya. Mereka seolah-olah memberi arahan kepadanya,” ujar seorang peminat.
Pada masa yang sama, ada yang mendakwa Ariana sebenarnya tertekan kerana telah melihat kritikan oleh seorang penulis blog terkenal, Perez Hilton yang mengutuk penampilannya pada majlis itu.
Antaranya termasuklah mengenai rambut dan gaun bercorak bunga yang dikenakan oleh artis itu.
Bagaimanapun, selepas dihentam teruk oleh para peminat Ariana, Perez kemudiannya berkata menerusi Twitternya:
“Bertenang semua! Tak sukakan gaya rambut Ariana tak bermakna saya tak menyukainya!”
Biar apa pun spekulasi mengenai ‘tangisan’nya itu, penyanyi ini berjaya membuat persembahan hebat sewaktu anugerah itu berlangsung.
Oleh: ELZA
(Sumber: Cambio.com)
0 comments:
Post a Comment