Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 1, 2014

No Comment

Seorang lelaki India yang diistilahkan peguamnya sebagai pesalah paling bodoh pernah dia jumpa, dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah di Emiriyah Arab Bersatu (gambar) kerana membunuh seorang pembantu rumah.

Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai tukang masak, melakukan pembunuhan selepas diberitahu mangsa dia mengandungkan anaknya dan mahu membuat laporan polis.

Sama ada terlalu naif atau memang bodoh, lelaki tersebut percaya pembantu rumah terbabit mengandungkan anaknya sedangkan mereka tidak pernah melakukan hubungan seks.

Mengakui ada hubungan dengan mangsa yang dibunuhnya, perkara paling mesra yang mereka lakukan bagaimanapun hanyalah berpeluk di atas bumbung pada satu malam ketika tuan rumah mereka keluar bercuti.

Apabila panik diberitahu pembantu rumah bahawa dirinya mengandung, lelaki tersebut memukulnya di kepala dengan batu sampai mati lalu meletakkan mayat ke dalam tab mandi.

Dia kemudiannya membakar kediaman tuannya untuk menghapuskan bukti.

Tindakan itu membuatkan segalanya menjadi abu – kecuali mayat pembantu rumah kerana tab mandi berisi air! – REM RAMZI

Sumber: IBN LIVE

0 comments:

Post a Comment