CALIFORNIA – Percayakah anda di dalam bulu tebal ini terdapat seekor arnab comel? Malah bulu itu juga milik si arnab tersebut.
Pemilik arnab itu ialah seorang profesor emeritus di Universiti San Jose, Betty Chu yang membiakkan sendiri arnab Angora ini.
Chu yang tekah memenangi beberapa pertandingan berkata, dia mengguna pengering bulu anjing untuk mengeringkan bulu arnab tersebut, yang panjang hingga 10 inci.
Sedangkan berat arnab itu hanya enam atau tujun paun sahaja.
Jelas Chu, gunting adalah medium terbaik untuk menggunting bulu arnab itu supaya binatang itu tidak cedera.
Bulu tersebut akan tumbuh semula dengan kadar satu inci dalam sebulan dan bulu yang digunting itu boleh digunakan untuk tenunan.
Menurut Chu, dia membiakkan baka arnab Angora bukan untuk mendapat wang sebaliknya hanya suka-suka dan menjadikan binatang itu sebagai haiwan peliharaan.
0 comments:
Post a Comment