Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 4, 2014

No Comment

MANCHESTER – Chelsea mencalarkan rekod tanpa kalah Manchester City di gelanggang sendiri selepas menang 1-0, sekali gus mencerahkan peluang untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Pertemuan di Stadium Etihad menjadi tumpuan selepas beberapa minggu City bersaing hebat dengan Arsenal untuk menduduki tangga teratas liga.

Namun keputusan awal pagi tadi menyaksikan City kempunan tiga mata apabila pasukan pelawat memperoleh gol tunggal menerusi Branislav Ivanovic pada minit ke-32.

City sebelum ini menang semua 11 perlawanan di gelanggang sendiri musim ini dan hanya kalah kepada Bayern Munich dalam pusingan kumpulan Juara Liga Eropah.

Ia juga kali pertama City tidak mampu menyumbat sebarang gol di Etihad sejak November 2010.

City mempunyai rekod sembilan kali menang berturut-turut di Etihad namun anak buah Jose Mourinho Berjaya mencatat dua kemenangan ke atas City termasuk 201 di Stamford Bridge, Oktober lalu. – AFP

0 comments:

Post a Comment