Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 19, 2014

No Comment

BUKAN sekali dua dia dikatakan menumpang populariti kekasihnya, Nad Zainal, tetapi sudah banyak kali.

Lebih menyakitkan hati, dia juga pernah dituduh ‘makan duit’ Nad dek kerana pelakon comel itu memperolehi pendapatan jauh lebih tinggi daripadanya.

Itulah nasib Azwan Kombos yang sehingga kini masih lagi berusaha untuk mengukuhkan namanya dalam industri hiburan tanahair.

Menerusi Sinar Harian, dia memberikan penjelasan sekaligus menafikan tomahan demi tomahan oleh mulut-mulut nakal di luar sana.

“Saya sedar tahap pencapaian saya hari ini tidak seperti Nad yang sangat dikenali dalam industri.

“Dia sudah lama berlakon sedangkan saya masih baharu setahun jagung.

“Mungkin saya terkena tempias Nad tapi tidak sama sekali saya akan mempergunakan nama dia untuk naik dalam bidang hiburan.

“Saya ada prinsip tersendiri untuk di kenali dalam bidang ini. Sebab itulah saya sanggup berusaha bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk berjaya,” katanya.

Tambahnya lagi, dia mahu dikenali kerana bakatnya dan bukan melalui kontroversi yang sememangnya tidak benar.

Baguslah jika Azwan positif. Harap-harap lakonannya dalam drama bersiri terbaru ‘Jika Itu Takdirku’ menerusi saluran TV3 yang turut dibintangi pelakon popular, Intan Ladyana dapat menaikkan namanya selepas ini.

Bak kata orang, pelan-pelan kayuh…

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment