Mungkin menyedari kerjaya seni tidak menjamin masa hadapan yang baik, pelakon popular, Adi Putra kini mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan mencontohi beberapa artis sebelum ini.
Adi baharu sahaja menubuhkan sebuah agensi mengelola urusan umrah, Hadid Travel & Tours, yang menyediakan pakej mengerjakan umrah.
Kumpulan pertama yang diuruskan aktor itu dijadualkan bakal berlepas ke Tanah Suci Mekah pada 13 Mac ini di mana Adi turut serta untuk menguruskan segala urusan rombongan umrah tersebut.
Memetik laporan sebuah akhbar, Adi berkata sebaik dia mula menceburi bidang baharu, dia berusaha untuk belajar semua perkara agar lebih memahami perniagaan yang dijalankannya itu.
“Bila kita ceburi bidang baharu, semua perkara kita perlu belajar. Bila wujudkan Hadid Travel & Tours saya tahu bidang ini tidak ada kena mengena dengan dunia lakonan yang sudah saya lalui selama 13 tahun,” katanya.
Pelakon kelahiran Singapura ini juga mungkin akan berada di Mekah setiap bulan demi tuntutan tugas terbaharunya itu.
Semoga perniagaan yang dijalankan Adi berkembang maju seiring dengan kerjaya lakonannya kelak.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment