MADRID – Barcelona akan bertemu dengan Real Madrid pada final Copa del Rey 19 April ini selepas seri 1-1 dengan Real Sociedad, awal pagi tadi.
Barca mara dengan kemenangan agregat 3-1 dengan menyaksikan Lionel Messi kembali menyumbat gol selepas meledak dua kali ke atas Sevilla, Ahad lalu.
Pasukan tuan rumah perlu berterima kasih kepada penjaga gawangnya, Enaut Zubikarai yang banyak menyelamatkan pintu gol daripada dibolosi.
Jurulatih Barca, Gerardo Martino menurunkan hampir kesebelasan utama awal pagi tadi meskipun menang 2-0 minggu lalu ke atas Sociedad di Camp Nou. – AFP
0 comments:
Post a Comment