Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

KUANTAN – Seorang bekas pegawai khidmat pelanggan sebuah bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam, bagi menghadapi 75 tuduhan pecah amanah membabitkan wang RM584,409.83 yang dikeluarkan secara tidak sah melalui akaun milik seorang pelanggan sejak 2007 hingga 2012.

Tertuduh, Calvin Soo Koon Jin, 38 berasal dari Jalan Wong Ah Jang di sini, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Dia yang kini menganggur selepas dibuang kerja sejak 2012, didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dan sebatan serta boleh didenda bagi setiap tuduhan.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Wahida Zainal Abidin, tertuduh didakwa pecah amanah apabila melakukan transaksi wang daripada akaun milik seorang pelanggan tanpa pengetahuan lelaki itu dalam tempoh lima tahun.

Kesalahan berlaku antara jam 9 pagi dan 5 petang di RHB Bank Jalan Teluk Sisek dan Jalan Putra Square 1, Putra Square.

Tertuduh didakwa melakukan 75 transaksi sepanjang tempoh tersebut membabitkan pengeluaran dari RM550 hingga RM102,110.24.

Pendakwaan membantah jaminan ke atasnya atas alasan kepentingan awam kerana kesalahan dilakukan serius melibatkan jumlah wang besar.

Peguam tertuduh, Bob Arumugam membantah keputusan pendakwaan dan memohon anak guamnya dibenar diikat jamin.

Mengambil kira rayuan, Zainal Abidin memberi peluang terakhir mengurangkan jumlah jaminan daripada RM750,000 kepada RM75,000 dengan seorang penjamin dan 12 Mac tarikh sebutan kes. - Sinar Harain Online

0 comments:

Post a Comment