Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 3, 2014

No Comment
Pegawai dan anggota Imigresen melakukan pemeriksaan ke atas warga asing dalam operasi, semalam.
JOHOR BAHRU - Seramai 18 warga asing diperiksa Jabatan Imigresen Johor dalam dua serbuan berasingan di sekitar Skudai, dekat sini awal pagi semalam.

Serbuan diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Anuar Zainal di lokasi pertama iaitu di Pulai Utama, Taman Universiti, di sini, menyaksikan 12 warga asing diperiksa.

Manakala lokasi kedua di sebuah pangsapuri terletak di taman universiti pula memeriksa enam warga asing.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Imigresen negeri, Masri Adul berkata, hasil daripada pemeriksaan dilakukan pihaknya menahan lima lelaki Bangladesh dan lima wanita Indonesia dalam serbuan sekitar jam 1.30 pagi itu.

“Ketika serbuan pertama, semua warga asing sedang nyenyak tidur sehingga mereka tidak sedar kediaman mereka diperiksa.

“Sementara lokasi kedua pula menyaksikan anggota ops dibantu seorang pengawal keselamatan yang membawa dan menunjukkan rumah didiami warga asing.

“Ketika di lokasi, mangga pintu terpaksa dipotong selepas setengah jam mengetuk dan memanggil penghuni agar membuka pintu, namun gagal. Selepas dibuka, penghuni rumah berpura-pura tidur dan ada yang menyorok di belakang pintu,” katanya, di sini semalam.

Masri berkata, kesemua warga asing yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, berusia 26 hingga 40 tahun.

Katanya, kesemua warga asing terbabit dibawa ke Depon Tahanan Imigresen untuk tindakan lanjut jabatan.

0 comments:

Post a Comment