Penduduk kampung menyelamatkan mangsa yang tertimbus di bawah lahar panas di kampung Sukameriah. |
KARO - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terselamat diteruskan, semalam walaupun debu tebal akibat letusan gunung berapi Sinabung, di sini menyukarkan usaha anggota penyelamat.
Kelmarin, seramai 16 termasuk empat pelajar maut manakala tiga lagi dilaporkan melecur teruk akibat terkena lahar yang dimuntahkan gunung berapi tersebut.
Pegawai Agensi Pengurusan Bencana Nasional, Tri Budiarto memaklumkan kira-kira 100 anggota termasuk polis dan tentera terlibat dalam operasi di kawasan kampung Sukameriah yang terletak hanya 2.7 kilometer dari lokasi terbabit.
"Kami masih tidak mengetahui jumlah sebenar mangsa yang hilang kerana operasi SAR sedang dijalankan walaupun terpaksa mengharungi debu panas setebal 30 sentimeter.
"Bagaimanapun, angka kematian dijangka meningkat berikutan ramai mangsa dipercayai masih terperangkap," jelasnya kepada AFP.
Letusan terbaru gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara itu telah memuntahkan batu dan debu panas pada ketinggian 2,000 meter di udara hingga menyebabkan kawasan sekitar diselubungi asap tebal.
0 comments:
Post a Comment