Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 5, 2014

No Comment

Walaupun diketahui gemar mengamalkan hidup secara sederhana, pelakon terkenal Chow Yun Fatt bukanlah seorang yang kedekut malah berhati mulia.

Buktinya, pelakon ini mengumumkan bahawa hartanya sebanyak HKD1 bilion (RM545 juta) akan didermakan kepada badan amal selepas kematiannya.

Walaupun sudah bertaraf selebriti antarabangsa, Chow Yun Fatt masih menganggap dirinya biasa-biasa sahaja. Perkara ini dikongsikan olehnya yang mengecapi ketenangan hidup selepas berjaya melawan nafsu materialistik.

Di saat ramai teman selebriti memilih untuk membelanjakan wang kepada nikmat dunia seperti kereta dan barangan berjenama, Chow Yun Fat sebaliknya gembira menaiki bas yang sesak sambil memakai kemeja lama.

Apa yang pelik, pelakon ini menyatakan tak ramai yang menyapa dan mengenalinya kerana kebanyakan masyarakat sekarang lebih gemar memandang telefon bimbit daripada melihat sekeliling.

Lebih daripada itu, siapalah sangka selebriti kaya sepertinya menaiki pengangkutan awam kan!

Bagaimanapun jika ada yang perasan, dia tidak keberatan untuk merakamkan gambar bersama apabila diminta.


Menurut pelakon yang gemar tersenyum ini, dia tidak mahu membeli kereta dan mempunyai pemandu sendiri kerana tidak suka melihat orang menanti dirinya sepanjang hari.

Menyentuh soal wang dalam jumlah besar yang bakal didermakan selepas dia meninggal dunia, Chow Yun Fatt menyatakan dia tidak pernah berasakan duit yang dimiliki adalah benar-benar haknya tetapi dia cuma penyimpan wang tersebut untuk yang lebih memerlukan.


Chow Yun Fatt yang telah berlakon lebih 117 filem dan 24 siri televisyen merupakan suami kepada wanita Singapura, Charaine Zheng dan tidak mempunyai anak.

Memang tabiklah, sesungguhnya sukar sekali nak temui orang yang mempunyai hati semulia ini. - REM RAMZI

Sumber: lollipop.sg

0 comments:

Post a Comment