San Francisco – Sanggupkah kaum lelaki membuang air di mangkuk tandas ini? Biarpun berbeza namun ia nampak menarik, seolah-olah membuang air dalam kelopak bunga.
Ia merupakan hasil seni Clark Sorensen yang mendapat ilham daripada alam sekitar.
Sorensen, 54, yang mendapat pendidikan di Universiti Utah, mengambil masa bertahun-tahun untuk mereka cipta mangkuk tandas itu.
Ternyata hasilnya mendapat perhatian pengilang antarabangsa kerana ia adalah kreatif dan menarik selain berunsur bunga dan pokok.
Menurut Sorensen, dia mendapat idea mereka cipta bentuk mangkuk itu pada 2002, seleas memasuki bilik tandas yang disifatkan sebagai membosankan.
Setakat ini mangkuk tandas rekaan bunga raya, orkid dan bunga lain telah dipamerkan di Hungary serta Korea Selatan.
“Apabila kita sebut tandas, maka kita terbayang tempat yang kotor dan buruk. Ciptaan saya ini menggambarkan konflik antara maskulin dan kewanitaan serta jahat dan baik,’’ katanya.
0 comments:
Post a Comment