SEORANG lelaki dari Singapura yang rupanya mirip Presiden Korea Utara ketika ini Kim Jong Un juga adalah seorang samseng jalan raya di negara republik di seberang tambak johor itu.
Satu rakaman video di YouTube menunjukkan dengan jelas betapa kurang hajarnya lelaki mirip Kim ini dan juga dengan jelas menunjukkan betapa bodohnya beliau.
Ia adalah amat memenatkan untuk menjadi seorang samseng jalan raya atau pembuli di jalanan kerana anda yang akan penat mengejar sesebuah kenderaan yang anda marah dan tidak puas hati sedangkan pemandu kenderaan itu tidak pun mengambil kisah hal anda.
Dalam video yang dirakamkan dari kamera yang dipasang di kenderaan mangsa, ditunjukkan lelaki itu yang memandu sebuah kereta Honda Civic penat mengejar kereta mangsa sedangkan mangsa dengan mudah dapat mengelak dan terus memandu.
Pada minit 2:55 dalam video berkenaan, si samseng keluar dengan niat untuk melakukan aksi kurang ajar kepada mangsa dan ketika itu nampak gaya rambutnya jelas mirip Kim.
Belum sempat samseng itu hendak melakukan apa-apa, mangsa terus memandu tanpa ingin terlibat dalam apa-apa masalah pergaduhan dengan samseng itu.
Sepanjang video berlangsung, sebenarnya tidak jelas mengapa samseng berkenaan begitu marah kepada mangsa dan sanggup mengejarnya sehingga beberapa kilometer.
Kan penat tu samseng tu nak kejar berkali-kali.. – IBNU K
0 comments:
Post a Comment