BAHANG kemarahan orang ramai terutamanya orang Melayu ke atas video yang menampilkan Ahli Parlimen Seputeh dari DAP Teresa Kok masih lagi meluap-luap dengan kemarahan diluahkan di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Turut dihasilkan ialah beberapa poster dalam Facebook berkenaan keceluparan beliau yang juga seorang Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.
Di Facebook, dihasilkan satu foto yang menampilkan rekod-rekod buruk dan keceluparan mulut serta perbuatan Teresa Kok sejak bergelar seorang Ahli Parlimen.
Pada Februari 2008, Teresa mencetuskan kemarahan orang Melayu apabila mempertikaikan penggunaan perkataan tulisan Jawi pada papan tanda jalan raya, beliau mahi tulisan jawi ditukar.
Selepas itu, pada Mac 2013, Beliau menyifatkan keluarga prajurit-prajurit yang terkorban ketika berjuang mempertahankan negara di Lahad Datu sebagai mangsa kerajaan.
Di laman Youtube, Teresa menunjukkan kebiadaban kepada petugas masjid apabila tidak menghormati arahan petugas yang menyuruhnya menutup kepala kerana ingin berada di dalam masjid biarpun sudah ditegur berkali-kali.
Kejadian itu berlaku pada April 2013.
Dua bulan selepas itu dalam tahun yang sama, beliau menjawab tidak setuju pewartaan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia ketika ditanya di dalam mahkamah.
Pada bulan ini, keceluparan terbaru apabila Teresa tampil sebagai moderator dalam sebuah video yang disifatkannya sebagai ‘jenaka politik’ tetapi isi kandungannya menyerang keperibadian pemimpin negara serta keluarga mereka.
Teresa dalam video yang digelar ‘Onederful’ Malaysia itu turut menjadikan kejadian culik serta kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu sebagai gurauan dalam video berkenaan. – KUMBANG WIRA
0 comments:
Post a Comment