UAE – Seseorang individu yang terlibat atau mempromosikan program sehala ke planet Marikh, adalah haram dalam Islam.
Fatwa itu dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Hal Ehwal Islam dan Bantuan Islam Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menurut presidennya jawatankuasa itu, Profesor Dr. Farooq Hamada, perjalanan sehala itu amat berisiko tinggi dan ia tidak dibenarkan dalam Islam.
“Ada kemungkinan individu yang mengembara ke planet Marikh itu tidak dapat hidup di sana dan terdedah kepada kematian.
“Ia umpama satu hukuman yang sama seperti membunuh diri,’’ katanya.
Dr Farooq berkata, melindungi diri daripada semua bahaya dan memastikan diri selamat, adalah dituntut dalam semua agama.
Sementara itu, seorang lagi pendakwah, Dr Shaikh Mohammed Al Ashmawy berkata isu itu tidak boleh lagi diperdebatkan.
“Allah melarang manusia memusnahkan kehidupan sendiri.,’’ katanya.
Sementara imam masjid Amena, Sheikh Mohammed Yusuf pula berkata, manusia adalah ciptaan Allah, justeru kehidupan ini bukan milik manusia itu . Ia adalah milik Allah.
Pada penghujung April tahun lalu, sebuah syarikat Belanda, Mars One menjemput sukarelawan untuk menjelajah ke Marikh.
Namun disebabkan tiada teknologi untuk membawa mereka pulang semula ke bumi, mereka akan tinggi di situ dengan harapan membina koloni manusia di planet itu.
Program itu akan dijalankan pada 2023 dan pemohon mesti berusia antara 18 hingga 40 tahun serta hanya perlu membayar $38 dolar untuk perjalanan sehala.
Beribu-ribu permohonan diterima dengan 500 daripadanya adalah dari Arab Saudi dan negara Arab lain.
0 comments:
Post a Comment