Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 2, 2014

No Comment

Arizona – Seorang wanita yang juga jururawat menggunakan cara pelik untuk membunuh suaminya iaitu dengan menyuntik najis ke dalam botol air (IV drip) ketika lelaki itu dirawat di hospital selepas menjalani pemedahan jantung.

Nasib baik jururawat lain menyedarinya dan berjaya menyelamatkan lelaki itu daripada dibunuh oleh Rosemary Vogel.

Makmal hospital juga mengenalpasti botol air itu mengandungi najis dan terdapat kesan bewarna coklat pada jarum di dalam beg Vogel.

Kejadian itu berlaku selepas suaminya yang berusia 66 tahun menjalani pembedahan jantung.

Dia dilaporkan selamat dalam cubaan membunuh oleh isterinya.
Menurut polis, kejadian berlaku ketika Vogel menemani suaminya di bilik pemulihan selepas lelaki itu selesai menjalani pembedahan jantung.
Dua orang jururawat kemudiannya mendapati Vogel cuba membetulkan botol air suaminya dan memberitahu bahawa dia mahu membersihkan botol tersebut.

Ketika itulah mereka melihat benda bewarna coklat di dalam botol itu dan apabila dicium ia berbau najis.

Jururawat itu kemudiannya mendapatkan bantuan dan apabila mereka kembali semula ke dalam bilik itu, mereka mendapati botol air yang tercemar itu telah dibuang ke dalam tong sampah.

Mujurlah salah seorang daripada mereka berjaya merampas beg tangannya yang mengandungi tiga jarum dengan dua daripadanya mengandungi cecair.

0 comments:

Post a Comment