Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 12, 2014

No Comment

LONDON – Jaringan lewat Victor Anichebe pada minit ke-7 menyaksikan West Bromwich Albion menghampakan Chelsea untuk berada empat mata selesa sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1, awal pagi tadi.

Chelsea yang memburu tiga mata penuh berjaya menggegarkan jaring tuan rumah pada minit ke-48 menerusi permain pertahanan dari Serbia, Branislav Ivanovic.

Chelsea berpeluang menambah jaringan menerusi Oscar, Samuel Eto’o dan Willian namun ia berkesuahan dengan kekecewaan.

Pada satu ketika pemain tengah West Brom, Thievy Bifouma hampir menyamakan kedudukan namun tendangan leretnya tersasar dari pintu gol Chelsea.

Ketika tiga minit berbaki perlawanan seakan-akan skuad Jose Mourinho hampir membawa pulang tiga mata penuh, Saido Berahino melambung bola lintang kepada Anichebe di sebelah kirinya sebelum memperdayakan Luiz dan merembat menewaskan penjaga gol Petr Cech.

Jaringan penyerang Nigeria itu berkemungkinan akan menurunkan kedudukan Chelsea ke tangga ketiga pada hujung minggu ini apabila pasukan beraksi.

Arsenal yang kini di tangga kedua mampu memotong Chelsea sekiranya menewaskan Manchester United, manakala Manchester City di tempat ketiga juga akan memintas Chelsea menerusi perbezaaan gol sekiranya menewaskan Sunderland.

West Brom pula mengelak daripada berada di zon penyingkiran sekiranya Sunderland gagal memperoleh mata. – AFP

0 comments:

Post a Comment